Pada 27 Mei 2010 (Khamis), satu sambutan Hari Keluarga dan Hari Jadi Pelajar yang lahir pada bulan Mei telah diadakan di SKPK Pekan Tuaran. Ia merupakan anjuran bersama PIBG dan warga SKPK Pekan Tuaran. Sambutan tersebut telah dijalankan dengan penuh meriah hasil kerjasama dari semua Ibubapa yang hadir, guru-gur, KTBM serta pelajar sekolah ini.
Senamrobik pada jam 7.30 pagi yang telah disertai oleh semua warga SKPK Pekan Tuaran serta ibubapa telah memulakan sambutan tersebut. Pada jam 8.30 pagi, sukaneka telah dimulakan. Acara mengenal kasut dan isi air dalam botol adalah acara khusus untuk para pelajar. Manakala acara Lari ikat kaki ialah acara pasangan guru, KTBM dan Ibubapa. Jamuan ringan disediakan sebelum acara sukaneka yang seterusnya. Sukaneka seterusnya ialah acara pancing botol yang merupakan acara untuk para ibubapa, guru dan KTBM.
Keadaan makin gamat sewaktu Acara Kopek Kelapa. Dalam acara ini, para ibubapa berlumba untuk menghabiskan air kelapa tersebut dan seterusnya anak mereka iaitu pelajar sekolah ini akan menyuapkan isi kelapa muda tersebut. Acara ini sangat bermakna kerana ia memerlukan kerjasama antara ibubapa dan si anak. Acara sukaneka yang menjadi tumpuan pada hari tersebut ialah acara tarik tali gabungan para ibubapa, guru-guru dan KTBM. Mereka saling berganding bahu untuk memastikan pasukan masing-masing menang.
Selepas acara sukaneka selesai, semua yang hadir kembali ke dewan terbuka SKPK Pekan Tuaran untuk mendengar ucapan Guru besar serta menyaksikan persembahan karaoke dari murid (Adik Amar), guru (En. Nezam) dan KTBM (En. Norman). Penyampaian hadiah untuk para pemenang sukaneka seterusnya menyusul. Ia diselang seli dengan acara cabutan tiket bertuah. Acara kemuncak pada hari itu adalah acara memotong kek oleh para pelajar yang lahir pada bulan Mei serta penyampaian hadiah harijadi dari ibubapa kandung serta ibubapa angkat pelajar.
No comments:
Post a Comment