Sunday, July 11, 2010

Ceramah Motivasi 2010

Ceramah Motivatisi 2010 anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SKPK Pekan Tuaran telah diadakan pada 07hb Julai 2010 bersamaan hari Rabu. Ia telah dijalankan di dewan terbuka SKPK Pekan Tuaran. Ceramah tersebut telah dijayakan oleh dua orang penceramah undangan.



En. Awang Hj Madsaid dari Unit Bimbingan dan Kaunseling Jabatan Pelajaran Negeri Sabah telah memulakan acara dengan ceramah bertajuk, "Membentuk Murid Ke Arah Kejayaan".


Ceramah beliau mengkhususkan 70% untuk para guru dan 30% untuk para pelajar sekolah. Antara nasihatnya kepada para murid ialah "Jangan bergantung pada sesiapun untuk berjaya dan jangan jadikan kekurangan pada diri untuk menjadi penghalang mencapai kejayaan". Para guru pula dinasihatkan untuk ikhlas dalam menjalankan kerja seharian mereka dalam mendidik dan membimbing murid. Beliau menegaskan bahawa tanpa murid, sekolah tidak akan wujud maka guru tidak akan ada karier dan gaji. Oleh yang demikian para pelajar harus dididik seperti menatang minyak yang penuh. Beliau turut berkongsi pengalamannya sebagai bekas guru besar yang mengangkat sekolahnya dari yang kurang baik ke salah satu sekolah yang berprestasi tinggi.



Penceramah kedua ialah En. Najion Jamil dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah. Beliau merupakan seorang Timbalan Pengarah di Jabatan tersebut dan merupakan bukti bahawa seorang OKU yang bermasalah penglihatan mampu berkhidmat untuk negara serta menyandang jawatan yang tinggi. Cerama beliau bertajuk, "Masalah Penglihatan Bukan Penghalang Untuk Mencapai Kejayaan"

Sesi soal jawab antara pelajar dan beliau dilakukan untuk merungkai segala permasalahan yang dialami oleh para pelajar dalam persedian memajukan diri ke peringkat yang tinggi. Para pelajar tidak melepaskan peluang ini untuk mengutarakan soalan yang umum sehingga yang peribadi. Beliau adalah seorang yang bersikap rendah diri namun jelas kelihatan karisma yang tingga dalam diri beliau.

Ceramah seumpama ini amat berguna dan patut dijalankan setiap tahun. Ia telah membantu para guru memahami keperluan murid dan diri sendiri serta menambah keyakinan pada setiap para pelajar dalam menempuhi realiti hidup.

No comments:

Post a Comment