A. PERTANDINGAN MEMBACA (TAHAP I)
• TEMPAT PERTAMA : SYERIEFAZRIZAN NORAZMAN
• TEMPAT KEDUA : LYDIA LINJURAN
• TEMPAT KETIGA : KELVIN MAKUPI
B. PERTANDINGAN MEMBACA (TAHAP II)
• TEMPAT PERTAMA : BREDESLY DAVID SOTOBI
• TEMPAT KEDUA : SYERIEFAZRIMI NORAZMAN
• TEMPAT KETIGA : VALDEN ISAIAH MAJALAP
C. PERTANDINGAN MENGARANG (TAHAP II)
• TEMPAT PERTAMA : NORSAGITA ABDUL MULUK
• TEMPAT KEDUA : BREDESLY DAVID SOTOBI
• TEMPAT KETIGA : SYERIEFAZRIMI NORAZMAN
D. PERTANDINGAN BERCERITA (TAHAP I)
• TEMPAT PERTAMA : SYERIEFAZRIZAN NORAZMAN
• TEMPAT KEDUA : KELVIN MAKUPI
• TEMPAT KETIGA : SITI NURZAKIRAH SAPERIN
E. PERTANDINGAN BERCERITA (TAHAP II)
• TEMPAT PERTAMA : SYERIEFAZRIMI NORAZMAN
• TEMPAT KEDUA : NORSAGITA ABDUL MULUK
• TEMPAT KETIGA : FELECIA MIKAT
F. PERTANDINGAN DENGAR & TUTUR (TAHAP I)
• TEMPAT PERTAMA : SYERIEFAZRIZAN NORAZMAN
• TEMPAT KEDUA : KELVIN MAKUPI
• TEMPAT KETIGA : WELLMIN RAIMIN
G. PERTANDINGAN BERSYAIR (TAHAP II)
• TEMPAT PERTAMA : BREDESLY DAVID SOTOBI
• TEMPAT KEDUA : NORSAGITA ABDUL MULUK
• TEMPAT KETIGA : JAKLESON ANDREW
H. PERTANDINGAN KUIZ (BERKUMPULAN)
• TEMPAT PERTAMA : KUMPULAN B
• TEMPAT KEDUA : KUMPULAN A
I. PERTANDINGAN BERBALAS PANTUN (BERKUMPULAN)
• TEMPAT PERTAMA : KUMPULAN A
• TEMPAT KEDUA : KUMPULAN B
TEL/FAX: 088-787201 EMAIL: skpktuaran@gmail.com LAMAN WEB: www.skpktuaran.webs.com
Tuesday, April 20, 2010
Monday, April 19, 2010
Minggu Bahasa Melayu 2010
Minggu Bahasa Melayu SKPK Pekan Tuaran telah diadakan pada 12hb - 16hb April 2010. Berikut adalah acara-acara pada minggu tersebut.
- Pertandingan Membaca (Isnin - 7.30 AM)
- Pertandingan Mengarang (Isnin - 9.30 AM)
- Pertandingan Bercerita (Selasa - 7.30 AM)
- Pertandingan Dengar & Tutur Tahap I (Rabu - 7.30 AM)
- Pertandingan Bersyair (Rabu - 9.30 AM)
- Pertandingan Kuiz (Khamis - 7.30 AM)
- Pertandingan Berbalas Pantun (Jumaat - 7.30 AM)
Penyerahan Sumbangan Mesin Brailler oleh Gereja Latter Day Saints
Pada 13hb April 2010, Mr. Bill dan Mrs. Ellen Davis dari Gereja Latter-days Saints US telah menyerahkan sumbangan 10 biji Mesin Brailler kepada SKPK Pekan Tuaran. Penyerahan itu telah disaksikan oleh semua warga SKPK PT dan wakil dari Pertubuhan bagi Orang-Orang Buta Sabah.
Mesin Brailler tersebut pada mulanya ingin didermakan kepada pihak pertubuhan lain. Namun atas budi bicara pasangan Davis ini, mereka merasakan bahawa SKPK PT lebih layak atau sesuai untuk menerima sumbangan tersebut. Mereka sangat kagum dengan cara pengurusan dan pengendalian sekolah ini.
SKPK Pekan Tuaran amat berbesar hati dan terharu diatas sumbangan ikhlas tersebut. Bantuan ini amat berguna dalam P&P guru dan pelajar sekolah ini. Ia telah meringgankan beban sekolah ini dalam pembekalan mesin brailler yang amat terhad sebelum ini. Jasa mereka akan dikenang oleh semua warga SKPK Pekan Tuaran.

Sunday, April 18, 2010
Latihan 'Fire Drill' di SKPK Pekan Tuaran
Latihan Fire Drill telah dijalankan di SKPK Pekan Tuaran pada 5hb April 2010. Beberapa pegawai bomba dari Balai Bomba Cawangan Tuaran telah membantu perlaksanaan program 3K tersebut. Ia sebenarnya rentetan daripada latihan kebakaran yang telah dilakukan pada 15hb Mac 2010. Program ini merupakan salah satu program 3K sekolah. Guru pelaksana program tersebut ialah En. Ghani dan Pn. Luciana. Selain guru-guru pelaksana program ini, Warga SKPK PT yang lain tidak dimaklumkan mengenai latihan Fire Drill tersebut. Ini untuk memastikan situasi kebakaran tersebut seakan-akan benar.
Tepat 8.30 AM pada 5hb. April 2010, siren bomba dibunyikan. Semua warga SKPK PT melakukan rutin menghadapi kebakaran yang telah dipraktik pada bulan sebelumnya. Para murid bergegas keluar dari bilik kelas masing-masing, beratur sambil diberi arahan oleh para guru yang mengendalikan kelas pada waktu tersebut. Para pelajar B2 (Rabun) memimpin para pelajar B1 (Buta).
Guru-guru lain datang membantu kelas yang mempunyai ramai pelajar B2 serta memastikan semua pelajar telah beratur. Sekiranya terdapat pelajar yang tiada, guru yang mengajar kelas tersebut harus memaklumkan guru-guru yang lain untuk mendapatkan murid tersebut. Pelajar tersebut samada berada dalam tandas, asrama atau tempat lain.
Guru-guru yang lain juga memimpin guru B2 yang terdapat di sekolah ini ke zon selamat seperti dalam pelan sekolah. Pada masa yang sama salah seorang pengawal keselamatan membuka semua pintu atau pagar keselamatan sekolah agar semua warga SKPK PT dapat keluar ke zon selamat. Pengawal keselamatan yang lain pula belari mengelilingi sekolah untuk memastikan tiada warga SKPK PT yang terperangkap atau perlukan bantuan. Warga SKPK yang lain seterusnya berlari ke zon yang selamat sambil memimpin warga lain yang memerlukan bantuan.
Selepas Latihan Fire Drill ini tamat. Para pegawai bomba memberi taklimat kepada warga SKPK PT sambil menekan beberapa faktor yang perlu ditangani dan diambil perhatian oleh semua. Cara-cara memadamkan api menggunakan alat pemadam api turut ditunjukkan oleh pegawai bomba. Latihan ini sangat berguna kepada semua warga SKPK PT dalam menghadapi kebakaran.

Thursday, April 15, 2010
Sukan Tahunan SKPK Pekan Tuaran
Baru-Baru ini SKPK Pekan Tuaran telah menjalankan sukan tahunan.
Acara sukan telah dijalankan selama 3 hari berturut-turut iaitu bermula dari 29hb Mac sehingga 31hb Mac 2010. Murid-murid telah dibahagikan kepada 2 kumpulan pasukan iaitu Pasukan Panglima dan Pasukan Perwira.
Perlawanan "Goal Ball" yang diadakan di dewan terbuka SKPK Pekan Tuaran telah diadakan dari 29hb -30hb Mac 2010.
Acara padang pula telah diadakan di padang SK. Pekan Tuaran.
Acara-acara yang telah diadakan ialah:-
Acara-acara sukaneka yang telah diadakan di dewan terbuka SKPK Pekan Tuaran ialah:-
Olahragawan ialah adik Kelvin
Olahragawati ialah adik Felecia
Pasukan pemenang keseluruhan ialah Panglima.

- 100 Meter
- Lari Dalam Guni Berpasukan
- Giant Ball Berpasukan
- Lontar Peluru
Acara-acara sukaneka yang telah diadakan di dewan terbuka SKPK Pekan Tuaran ialah:-
- Tiup Belon pelajar Tahap 1 dan 2 (B1 dan B2)
- Makan Epal
- Mencari Gula-Gula Dalam Tepung Berpasangan
Olahragawan ialah adik Kelvin
Olahragawati ialah adik Felecia
Pasukan pemenang keseluruhan ialah Panglima.
Subscribe to:
Posts (Atom)