Tepat 8.30 AM pada 5hb. April 2010, siren bomba dibunyikan. Semua warga SKPK PT melakukan rutin menghadapi kebakaran yang telah dipraktik pada bulan sebelumnya. Para murid bergegas keluar dari bilik kelas masing-masing, beratur sambil diberi arahan oleh para guru yang mengendalikan kelas pada waktu tersebut. Para pelajar B2 (Rabun) memimpin para pelajar B1 (Buta).
Guru-guru lain datang membantu kelas yang mempunyai ramai pelajar B2 serta memastikan semua pelajar telah beratur. Sekiranya terdapat pelajar yang tiada, guru yang mengajar kelas tersebut harus memaklumkan guru-guru yang lain untuk mendapatkan murid tersebut. Pelajar tersebut samada berada dalam tandas, asrama atau tempat lain.
Guru-guru yang lain juga memimpin guru B2 yang terdapat di sekolah ini ke zon selamat seperti dalam pelan sekolah. Pada masa yang sama salah seorang pengawal keselamatan membuka semua pintu atau pagar keselamatan sekolah agar semua warga SKPK PT dapat keluar ke zon selamat. Pengawal keselamatan yang lain pula belari mengelilingi sekolah untuk memastikan tiada warga SKPK PT yang terperangkap atau perlukan bantuan. Warga SKPK yang lain seterusnya berlari ke zon yang selamat sambil memimpin warga lain yang memerlukan bantuan.
Selepas Latihan Fire Drill ini tamat. Para pegawai bomba memberi taklimat kepada warga SKPK PT sambil menekan beberapa faktor yang perlu ditangani dan diambil perhatian oleh semua. Cara-cara memadamkan api menggunakan alat pemadam api turut ditunjukkan oleh pegawai bomba. Latihan ini sangat berguna kepada semua warga SKPK PT dalam menghadapi kebakaran.
No comments:
Post a Comment