Mesin Brailler tersebut pada mulanya ingin didermakan kepada pihak pertubuhan lain. Namun atas budi bicara pasangan Davis ini, mereka merasakan bahawa SKPK PT lebih layak atau sesuai untuk menerima sumbangan tersebut. Mereka sangat kagum dengan cara pengurusan dan pengendalian sekolah ini.
SKPK Pekan Tuaran amat berbesar hati dan terharu diatas sumbangan ikhlas tersebut. Bantuan ini amat berguna dalam P&P guru dan pelajar sekolah ini. Ia telah meringgankan beban sekolah ini dalam pembekalan mesin brailler yang amat terhad sebelum ini. Jasa mereka akan dikenang oleh semua warga SKPK Pekan Tuaran.
No comments:
Post a Comment